21 April 2010

Berdoalah.....


Apabila anda ditimpa musibah atau pelbagai bala bencana, maka sebutlah namaNya, alunkanlah penyebutanNya,mintalah bantuanNya, dan mohonlah kemenangan dan pertolonganNya. basahkanlah dengan keringat dahi anda untuk mengagungkan namaNya.supaya anda berjaya meraih mahkota kebebasan.Sujudkanlah hidung ke tanah penyembahanNya supaya anda mendapati lambang penghargaan keselamatan.Tengadahkan tangan anda, angkatlah kedua telapak tgn anda, luahkan keluhan anda dan perbanyakkanlah permintaan anda kepadAnYA.Bersungguh sungguhlah memohon kepadaNya, tekunilah, lazimilah keharibaanNya, tunggulah akan kasih sayangNya, jagalah kemenanganNya, pujilah namaNya, berbaik sangkalah kepadaNya, tumpukanlah perhatian kepadaNya dan luahkan segala permasalahan yg dihadapi kepadaNya sehingga anda mendapati keberuntungan dan berjaya dalam mengharungi kehidupan.Allah sentiasa mendengar........

No comments:

Post a Comment