01 August 2011

Serunding ikan


Betapa gigihnya makcik ni,salah seorang pembekal dan pemborong di pasar Siti Khadijah Kota Bharu,Kelantan.Rumah makcik ni amat berdekatan dengan rumah saya.Mini popia yang berintikan serunding ikan ni memang sedap.Rm 25 sekilo...Alangkah indah dan nikmatnya memiliki nikmat kesihatan,berbagai2 hasil boleh diusahakan dengan kudrat sendiri seperti makcik ni.Apa2 pun segalanya ketentuan Illahi..Bersyukurlah walau dapat melihat kerana ianya juga adalah satu nikmat dan anugerah dari Allah Taala.Hidup jangan pernah mengalah..Moga diberi kekuatan,kesempatan untuk berusaha membesarkan anak2 dengan titik peluh sendiri.




"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".amin ya rabbal alamin.

3 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan al mubarak.
    moga ramadhan kali ini membawa keberkatan yang berkekalan dan segala doa serta amalan diterima, insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...Selamat menyambut ramadhan al mubarak.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan juga buat alia..

    ReplyDelete