14 February 2014

Liku liku kehidupan....

Aima mendapat bantuan Rancangan makanan tambahan


Meniti hari hari di dalam menempuh kehidupan ini,kesukaran dan keperitan di dalam menjalani kehidupan di dalam menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat untuk membesarkan anak anak bagi menanggung persekolahannya sedikit terubat apabila aiman mendapat bantuan rancangan makanan tambahan di sekolah.Alhamdulillah ku panjat kesyukuran di atas nikmat Mu ini.Sekurang kurang nya meringankan sedikit perbelanjaan harian untuk aiman.Merenung hari hari yang masih panjang untuk membesarkan anak anak seterusnya memberi pelajaran dan ilmu kepada mereka di dalam suasana kos sara hidup yang semakin tinggi,mama harus kuat dan tabah,tidak boleh tersungkur bila memikirkan semua ini,Allah akan tetap bersama kita anak anak ku selagi hayat di kandung badan.

Ingatlah anak anak ku,ini ujian Allah untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketabahan mu di dalam mengharungi liku liku kehidupan ini.Kesukaran dan kesempitan ini masih kecil andai dibandingkan perjuangan Rasullullah SAW yang terpaksa mengikat perut dengan batu selama bertahun tahun untuk menyampaikan risalah suci ini pada umat yang di kasihi dan di cintainya supaya umatnya tidak tersungkur di hadapan Allah nanti.Bila mengingati ini semua,mama menjadi tabah dan kuat.Ku panjatkan selawat ke atas mu nabi junjungan.

Di pagi jumaat ini sama samalah kita memperbanyakkan selawat dan tahmid pada penghulu kita nabi junjungan..



7 comments:

  1. IGT MASA KECIK2 DULU PENAH DPT MAKANAN RMT SBB KURUS ;)
    MENU FEVERET NASI LEMAK,NASI GORENG
    SALAM JUMAAT BUAT YANIE
    MOGA TABAH MENGHARUNGI HARI2 MENDATANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...sama juga buat irfa..moga sihat dan dalam lindungan Allah Taala.amin...

      Delete
  2. Selama ini kau membantu orang lain kak.. tanpa kau sedar. :) Terima kasih di atas kehadiran kau kak.. dalam hidupku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kita membantu antara satu sama lain kerana Allah...kita hamba Allah..

      Delete
  3. Salam, Alia, Akak ada banked in some money into your Maybank acc.

    sabar itu indah, InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah.terima kasih banyak banyak..hanya doa yang dapat saya kirimkan semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yg berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

      Delete