22 August 2014

Cuba selami

Banyak cerita yang nak di kongsi di sini tapi sejak kebelakangan ini kesihatan agak merosot.Masalah anemia,hb makin low.Mudah penat dan termengah mengah bila berjalan.Ramadhan dah berlalu,entah tahun depan masih dapat bertemu atau tidak tapi amat bersyukur di atas peluang yang Allah masih berikan..Di akhir ramadhan kali ini anak anak di uji dengan demam yang agak tinggi.Alia Erissha pula di tahan di wad pada hari raya kedua,tapi alhamdulillah hanya beberapa hari saja di wad.Alhamdulillah, dan adik adiknya pun sama.Anak anak berhari raya ala kadar dan cukup sederhana..

Bulan puasa saya cuba berniaga semula,serunding daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan,mini popia,mini karipap..Harap dapatlah bantu saya untuk meneruskan perniagaan ini.Saya tiada sumber pendapatan yang lain.Saya amat berminat untuk berniaga barangan dan pakaian Muslimah dari Kelantan tapi tiada modal untuk memulakan..Jika ada hamba Allah yang sudi membantu saya,harap sangat kerana Allah.


p/s: Hampir 2 tahun saya berniqab dan memakai jubah,sungguh saya lebih tenang dan banyak perubahan ke atas diri saya.









3 comments:

  1. salam sis, kalau tak ada modal untuk berniaga, boleh menjual secara dropship atau consignment. ramai yang mencari agen dropship di majalah.com semoga dipermudahkan segalanya untuk sis dan anak2.

    ReplyDelete
  2. Salam Yanie..Semoga kesihatan yanie semakin baik..Aaminn

    ReplyDelete


  3. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete